Dunia seorang seller.
Wazuppppp guyyssss……
Hari ni
merupakan hari bersejarah bagi aku sebab
setelah hampir sebulan aku berkecimpung dalam dunia “ Shopee seller”,
Alhamdulillah hari ini buat pertama kalinya order pertama masuk untuk customer yang
pertama.. everything is first time.
Seronok? Tak
payah cakap la.Aku rasa macam nak je buat announcement kat satu dunia,tapi
relaks la tak payah gelabah sangat woi!
So,meh sini
dekat-dekat wahai adik,abang,kakak,mak cik,pakcik semua aku nak story dari A to
Z ,step by step proses untuk complete kan order pertama.
........let's get started guysssss..
Sebelum tu kita layannn setin dulu
1. Firstly,korang mestilah
kena ada order masuk dari customer dulu.Bila customer dah confirm proceed order
dan payment,Shopee akan hantar e-mail untuk beritahu yang ada kemasukan order.Notification
dekat apps Shopee juga akan alerts.so, dah boleh prepared produk untuk
packaging.
2. Seterusnya,bermulalah
proses packaging produk.Mesti korang tertanya-tanya apa yang aku jual kan?
Alahhh aku jual face mask KF94 je.Bagi aku okay la kan untuk modal aku
yang tak besar mana, sebagai starting point la orang cakap.
Proses-
proses packaging
3. Satu dokumen
penting yang wajib ada ialah Airway bill,benda ni memang
penting sebagai satu bukti transaksi dan details antara buyer(pengirim) dengan buyer(penerima) semasa proses
shipping nanti.
Jadi ,agak wajib untuk ada
sebuah printer untuk print airway bill,lebih lagi kalau sales dah mencanak naik . Bukan apa,ada
printer kerja akan jadi lebih mudah,cepat dan menjimatkan wang dan tenaga. Lepas
dah print ,tampal Airway bill pada bungkusan courier tadi.
4.
Ok jom kita pergi ke proses
shipping pula.Aku syorkan korang pilih syarikat pengeposan( Drop off point)
yang dekat dengan kawasan tempat tinggal korang sebagai “option” untuk
memudahkan urusan shipping.Shopee menawarkan banyak pilihan syarikat
kurier antaranya SHOPEE
Express,JNT Express,ninja van,pos laju,DHL e commerce dan ada beberapa lagi
yang lain.kalau nak guna kaedah Cash anda delivery(COD) pun boleh.
Ready for shipping. Bye-bye
5.
Akhirnya,yesssss kita sampai
ke final step.Bila order dah selamat sampai pada buyer dan buyer tekan” order
received”, maka Shopee pun akan released payment ke account seller,boleh check payment
di bahagian seller balance.kalau nak withdrawal duit pergi ke account bank
biasa akan ambil masa 2-5 hari bekerja.
Contoh completed order
Alhamdulillah, terima kasih sebab korang sudi baca pengalaman aku yang tak seberapa ni.Tujuan aku berjinak-jinak berniaga kat Shopee ni hanyalah untuk tambah side income,mengisi masa lapang dan belajar selok-belok bisnes.Aku takda lah letak harapan yang tinggi untuk menjadi top seller atau sales Sampai 4angka pun sebab aku tau persaingan terlalu pesat.Tapi apapun kena yakin yang rezeki kita atas Rahmat Allah bukan sebab diri sendiri semata-mata,okayyy
~sekian~




No comments:
Post a Comment