Shopee merupakan platform jual beli secara online yang
mendapat sambutan tinggi di seluruh dunia,maka ramai dikalangan kita
berkecimpung dalam industri ini untuk meraih keuntungan Secara sepenuh masa
mahupun secara sambilan.
Anda berminat untuk memulakan bisnes di platform Shopee tapi
tidak tahu apa yang harus buat?
Ketahui 4 perkara penting sebelum memulakan bisnes di Shopee
:
1.
Membuka Akaun shopee
• Akaun shopee adalah asas utama sebagai medium
transaksi antara pembeli dan penjual walaupun secara alam maya(online)
• Anda tidak perlu risau kerana pendaftaran adalah percuma
tanpa sebarang caj.Anda Cuma perlu download applikasi Shopee di Google
Apps/Apps stores atau menerusi laman web :Shopee link
• Selepas selesai mendaftar, anda sudah boleh membuka akaun kedai anda.Tekan link untuk tutorial :
2.Produk
• Anda mestilah mempunyai produk sebagai point utama untuk
memulakan bisnes.Oleh itu,pemilihan produk juga mestilah mengambil kira
beberapa faktor seperti:
i) Modal
Contoh Gambaran:
1pack face mask ada 10keping dibeli dari China dengan Harga
rm2/pack
Dijual dipasaran Shopee Malaysia dengan harga rm1 untuk
sekeping
See,bukankah dah ada keuntungan disitu?
ii) Target Pembeli
• Kenal pasti target Pembeli yang anda ingin berurusan dan
berjual beli untuk memudahkan anda memilih produk apa untuk dijual.Contohnya, jika
kita target Pembeli dari kalangan wanita,maka produk yang bersesuaian
semestinya produk kecantikkan,kesihatan dan fesyen. Jika target Pembeli dari kalangan lelaki ,maka produk yang sesuai seperti barangan sparepart
automotif,gajet dan alatan memancing
III) Permintaan pasaran
• Membuat survey tentang produk apa yang mendapat ‘high
demand’ dari kalangan para pembeli
Contohnya,semenjak wabak pandemik covid 19 melanda,antara produk yang "sold out" dan "high demand" dipasaran satu dunia ialah seperti face mask,hand
sanitizers dan vitamin C .Menjual produk-produk yang tinggi permintaan tentu akan
sentiasa ada permintaan dari semasa ke semasa mengikut peredaran musim tersebut.order
tidak akan putus-putus dari pembeli, insyaallah.
3.Strategi Pemasaran
I) Free Gift
•kebiasaanya, pembeli akan tertarik jika penjual menawarkan
free gift atas setiap pembelian.siapa saja yang tak suka hadiah kan? Mungkin
anda perlu melaburkan sedikit modal untuk membeli free gift yang murah-murah tapi
banyak seperti keychain, sticker, gula-gula atau mini perfume.Jika niat hati
ikhlas memberi, insyaallah akan mendapat pulangan yang baik.
II) Harga
• Harga sememangnya memainkan peranan yang paling penting
dalam urusan jual beli walaupun terkurang atau terlebih hanya 1 sen saja tetap
boleh diambil kira oleh pembeli
• Anda harus bijak dalam “mark up” harga agar tidak terlalu
murah atau terlalu mahal yang kedua-duanya boleh merugikan diri sendiri.Sekiranya anda
menjual produk terlalu murah berbanding penjual yang lain, ya memang akan mudah
menarik perhatian pelanggan tetapi pastikan ada keuntungan dan boleh rolling modal semula.
III) Promosi
• pelbagai jenis promosi
yang disediakan oleh Shopee untuk anda cuba dan gunakan kepada pembeli
untuk menarik minat pembeli untuk membeli dan menjadi “follower” kedai anda.Antaranya:
-Memberi potongan harga RM 1 off/RM 5 off min spend RM50
-Memberi tawaran 10%coin cashback
- Free shipping min spend RM15 & RM 40
Dan banyak lagi.
4. Kaedah penghantaran
• Penghantaran order yang pantas ke destinasi pembeli juga
amat penting kerana jika order tiba terlalu lewat,malah melebihi tempoh
ditetapkan boleh mengundang kemarahan dan rasa tidak seronok pada pembeli.
Pembeli tentu
akan memberi rating yang rendah, memberi komen yang tidak bagus yang sekaligus
dapat menjatuhkan reputasi kedai anda sendiri.Dalam erti kata lain, pembeli
lain tidak berminat berurusan dengan anda.
• Anda perlu pantas apabila ada order masuk ,segeralah untuk
membuat proses packaging dan ship out.Jangan simpan order pembeli terlalu lama
dan membuatkan pembeli tertanya-tanya bila anda mahu ship out order?
• Pemilihan syarikat kurier sebagai shipping option anda
juga penting ya.Sebelum ini, terlalu banyak kes berkaitan syarikat kurier yang
menyebabkan beberapa permasalahan seperti,menyimpan parcel(order)di hub station
terlalu lama, barang rosak dan hilang,Bungkusan parcel dibuka dan banyak lagi.walaupun
hakikatnya proses shipping adalah diluar urusan penjual,namun sedikit sebanyak
nama penjual juga akan terlibat.Anda perlu membuat research dan survey tentang
Syarikat kurier yang menjadi kesukaan dan permintaan banyak dari pelanggan.
•Pemberian Free shipping voucher untuk pembelian RM15 dan RM
40 keatas juga adalah langkah terbaik untuk menarik hati pembeli.Anda boleh
memohon program free shipping ini dengan beberapa syarat tertentu.semoga
berjaya.
• Selain kaedah post delivery, anda juga boleh memilih kaedah
Cash on delivery(COD) jika terdapat permintaan dari pembeli.
No comments:
Post a Comment