Thursday, 11 November 2021

Diserang buasir?Amalkan petua "Cuka Epal"



      Arghhh kenapa ada macam benjolan seakan bisul dekat bahagian permukaan dubur atau bahasa kasarnya punggung aku ni?  Pada mulanya aku ingatkan cuma bisul biasa ,so aku just ignore dan sapu Aloe Vera gel untuk bagi benjolan kecut

 

tapi lepas beberapa hari benjolan tu makin membesar dan membiak menjadi dua biji benjolan. Sakit? Tak payah cakap la, nak tidur ,nak duduk punyalah azab kauuuuuu.....😭

 

Akhirnya,aku surrender dan pergi klinik untuk buat checking. Yela,risau juga kalau benjolan tu makin membesar dan kena buat operation,tak sanggup sis.

Selepas sesi checking, Doctor sahkan yang benjolan tu ialah "BUASIR"! .OMG aku hampir pengsan juga, ehhh macam mana aku boleh kena buasir ni?😭

Aku try untuk calm down dan doctor bagi explanation yang aku kena ni adalah"buasir luaran".so baru aku tahu yang buasir ni ada dua kategori iaitu buasir luaran (external haemorrhoids) dan buasir dalaman (internal haemorrhoids).

Alhamdulilah,doktor kata aku ditahap yang tidak serius iaitu masih permulaan.Doctor juga explain yang buasir ni mungkin terjadi bukan atas faktor pemakanan saja,tapi mungkin atas faktor lain seperti cara kita membuang air besar yang salah iaitu duduk terlalu lama,meneran/bertinggung,mengangkat barangan yang berat,merokok dan lain-lain.

 

 

So, dah settle semua aku pun balik dengan hati yang gundah berbekalkan 3 jenis ubat yang doktor prescribe, ada ubat tahan sakit,ubat kunyah dan paling best balsam Peru iaitu ubat supp macam roket kena masukkan dalam lubang dubur 😂


    Supository aka ubat roket..ngeri kan?

 

           cara penggunaan yang betul

 

Disebabkan aku ni sejenis yang tak suka makan ubat sangat,so aku pun nak cuba ikhtiar cara tradisional secara natural atau remedi. Puas aku buat research sendiri kat Google,setelah seharian berhempas pulas menelaah dan akhirnya aku cuba amalkan beberapa petua ni: 

 

 

1.Cuka epal


 

Cuka epal ni aku beli kat Watson, kebetulan hari aku beli tu ada buat sale, so promo price hanya Rm15 saja. Yang bestnya rasa cuka epal ni tak masam macam brand yang lain sebab cuka epal Surya ni dicampur dengan madu.Rasanya sweet sour gituuu tapi tak masam pior sangat 

Bagi aku petua Cuka epal ni yang paling berkesan sebab selepas hanya 3hari aku amalkan pengambilan cuka ni secara konsisten pagi petang siang malam, Alhamdulillah benjolan tu kecut dengan cepat dan dah tak sakit.Alhamdulilah sangat😊

Fyi, aku hanya makan ubat klinik dua hari je dan aku stop sebab aku amalkan cuka epal ni la..

 

2.Minyak kelapa dara /extra Virgin coconut oil


seterusnya,aku juga amalkan minum extra Virgin oil sebagai extra supplement untuk dapatkan best results dan kesan pantas.Aku akan minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.Bagi aku VCO ni memang banyak khasiat yang telah diamalkan sejak berkurun dulu untuk perubatan dan kecantikkan. Lagipun kelapa ni memang antara penawar segala penyakit, insyaallah.

 

 

3.Buah-buahan

 

Makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan amat penting untuk memastikan sistem pencernaan badan kita dapat berfungsi dengan baik. Pengambilan buah-buahan yang tinggi serat dapat membantu proses pembuangan najis berjalan lancar dan lawas. So,bila pembuangan lawas,takda lah kita nak kena meneran/Push yang boleh mengakibatkan pendarahan dan luka pada dubur

Disebabkan bajet aku nyawa-nyawa ikan je, aku cuma amalkan buah epal, betik dan pisang.Amalkan secara konsisten dan rasa cinta. Makan untuk sihat dan cantik😆

 

 

4.Minum air kosong/mineral secukupnya

 

Okayyy aku akui yang aku memang spesies yang kurang minum air sebab malas nak berulang ke toilet.so memang aku dapat rasa yang body aku ni mengalami hydration macam bibir kering,kulit kusam, tekak cepat haus dan banyak lagi.

Doctor juga ada advise aku supaya banyak minum air kerana kekurangan air dalam badan juga mendorong pada terjadi nya buasir. Apa yang aku ingat,doctor ada cakap kalau kurang minum air,najis akan menjadi keras dan kurang pelinciran untuk keluar menyebabkan terjadinya sembelit atau meneran semasa membuang najis. Jadi minum air secukupnya amat penting sekurang-kurangnya 3liter sehari

 

 *******************************************

        Alhamdulillah,setelah amalkan petua-petua diatas secara remedi,dengan izin Allah hanya seminggu saja buasir aku dah sembuh.Benjolan dan kesakitan hilang dan beransur pulih

 

....but wait ,jangan salah faham .Aku bukan nak menolak rawatan secara moden tapi aku lebih suka merawat secara natural sebab aku suka try and error nak tengok sejauh mana keberkesanan sesuatu kaedah dan petua tu

 

Apapun ,yang memberi kesembuhan tu semua dengan izin Allah s.w.t

 

                       ~ Sekian~ 




No comments:

Post a Comment

lazada

I found this great deal on Lazada! Check it out!  Product Name:  Bluetooth Earphone TWS Wireless Earbuds with 3500mah LED Power Display HiFi...