Friday, 12 November 2021

Tutorial - Cara Mudah Membuka Akaun Shopee Seller

Cara-cara mudah membuka Akaun Shopee seller, buat sambil makan kuaci tak sampai 5minit dah settle. macam mana? Jom let's check it out!


1. Download dan daftar diri Sebagai personal buyer
 
• lepas dah install aplikasi Shopee,buka dan scroll pada "Me" atau " saya" dan tekan pada Button imej 'me' tersebut


• kemudian akan keluar "sign up" yang memerlukan anda mendaftar. Boleh mendaftar guna number telefon, Google e-mail,Facebook dan IOS(Apple users)


2. Start selling


• Selepas Sudah selesai sesi sign up, scroll kepada "start selling" dan tekan

• pendaftaran juga adalah percuma


akan keluar seperti tertera diatas



3. Daftar sebagai penjual


• sudah boleh mendaftar sebagai penjual. Untuk pendaftaran sebagai Seller terbahagi kepada dua iaitu individu dan bisnes berdaftar. Tapi untuk kali ini, saya akan tunjukkan dahulu pendaftaran sebagai "individu".



• Isi dan lengkapkan maklumat seller yang diperlukan 


4. Selesai,selamat berniaga!

• selepas selesai isi maklumat diri, submit borang dan Tahniah! Sebab anda dah boleh mula berniaga di Shopee


• Mulakan menjual produk pertama anda,cuma perlu isi details maklumat produk yang anda nak jual. Terlalu mudah

contoh gambaran  halaman utama untuk kedai anda 



       Diharap dengan pengkongsian ini dapat membantu anda diluar sana untuk mula berkecimpung dalam dunia bisnes Shopee. Segalanya mudah, zaman sekarang berniaga hanya dihujung jari anda.

                   - GOODLUCK-

Thursday, 11 November 2021

Diserang buasir?Amalkan petua "Cuka Epal"



      Arghhh kenapa ada macam benjolan seakan bisul dekat bahagian permukaan dubur atau bahasa kasarnya punggung aku ni?  Pada mulanya aku ingatkan cuma bisul biasa ,so aku just ignore dan sapu Aloe Vera gel untuk bagi benjolan kecut

 

tapi lepas beberapa hari benjolan tu makin membesar dan membiak menjadi dua biji benjolan. Sakit? Tak payah cakap la, nak tidur ,nak duduk punyalah azab kauuuuuu.....😭

 

Akhirnya,aku surrender dan pergi klinik untuk buat checking. Yela,risau juga kalau benjolan tu makin membesar dan kena buat operation,tak sanggup sis.

Selepas sesi checking, Doctor sahkan yang benjolan tu ialah "BUASIR"! .OMG aku hampir pengsan juga, ehhh macam mana aku boleh kena buasir ni?😭

Aku try untuk calm down dan doctor bagi explanation yang aku kena ni adalah"buasir luaran".so baru aku tahu yang buasir ni ada dua kategori iaitu buasir luaran (external haemorrhoids) dan buasir dalaman (internal haemorrhoids).

Alhamdulilah,doktor kata aku ditahap yang tidak serius iaitu masih permulaan.Doctor juga explain yang buasir ni mungkin terjadi bukan atas faktor pemakanan saja,tapi mungkin atas faktor lain seperti cara kita membuang air besar yang salah iaitu duduk terlalu lama,meneran/bertinggung,mengangkat barangan yang berat,merokok dan lain-lain.

 

 

So, dah settle semua aku pun balik dengan hati yang gundah berbekalkan 3 jenis ubat yang doktor prescribe, ada ubat tahan sakit,ubat kunyah dan paling best balsam Peru iaitu ubat supp macam roket kena masukkan dalam lubang dubur 😂


    Supository aka ubat roket..ngeri kan?

 

           cara penggunaan yang betul

 

Disebabkan aku ni sejenis yang tak suka makan ubat sangat,so aku pun nak cuba ikhtiar cara tradisional secara natural atau remedi. Puas aku buat research sendiri kat Google,setelah seharian berhempas pulas menelaah dan akhirnya aku cuba amalkan beberapa petua ni: 

 

 

1.Cuka epal


 

Cuka epal ni aku beli kat Watson, kebetulan hari aku beli tu ada buat sale, so promo price hanya Rm15 saja. Yang bestnya rasa cuka epal ni tak masam macam brand yang lain sebab cuka epal Surya ni dicampur dengan madu.Rasanya sweet sour gituuu tapi tak masam pior sangat 

Bagi aku petua Cuka epal ni yang paling berkesan sebab selepas hanya 3hari aku amalkan pengambilan cuka ni secara konsisten pagi petang siang malam, Alhamdulillah benjolan tu kecut dengan cepat dan dah tak sakit.Alhamdulilah sangat😊

Fyi, aku hanya makan ubat klinik dua hari je dan aku stop sebab aku amalkan cuka epal ni la..

 

2.Minyak kelapa dara /extra Virgin coconut oil


seterusnya,aku juga amalkan minum extra Virgin oil sebagai extra supplement untuk dapatkan best results dan kesan pantas.Aku akan minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.Bagi aku VCO ni memang banyak khasiat yang telah diamalkan sejak berkurun dulu untuk perubatan dan kecantikkan. Lagipun kelapa ni memang antara penawar segala penyakit, insyaallah.

 

 

3.Buah-buahan

 

Makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan amat penting untuk memastikan sistem pencernaan badan kita dapat berfungsi dengan baik. Pengambilan buah-buahan yang tinggi serat dapat membantu proses pembuangan najis berjalan lancar dan lawas. So,bila pembuangan lawas,takda lah kita nak kena meneran/Push yang boleh mengakibatkan pendarahan dan luka pada dubur

Disebabkan bajet aku nyawa-nyawa ikan je, aku cuma amalkan buah epal, betik dan pisang.Amalkan secara konsisten dan rasa cinta. Makan untuk sihat dan cantik😆

 

 

4.Minum air kosong/mineral secukupnya

 

Okayyy aku akui yang aku memang spesies yang kurang minum air sebab malas nak berulang ke toilet.so memang aku dapat rasa yang body aku ni mengalami hydration macam bibir kering,kulit kusam, tekak cepat haus dan banyak lagi.

Doctor juga ada advise aku supaya banyak minum air kerana kekurangan air dalam badan juga mendorong pada terjadi nya buasir. Apa yang aku ingat,doctor ada cakap kalau kurang minum air,najis akan menjadi keras dan kurang pelinciran untuk keluar menyebabkan terjadinya sembelit atau meneran semasa membuang najis. Jadi minum air secukupnya amat penting sekurang-kurangnya 3liter sehari

 

 *******************************************

        Alhamdulillah,setelah amalkan petua-petua diatas secara remedi,dengan izin Allah hanya seminggu saja buasir aku dah sembuh.Benjolan dan kesakitan hilang dan beransur pulih

 

....but wait ,jangan salah faham .Aku bukan nak menolak rawatan secara moden tapi aku lebih suka merawat secara natural sebab aku suka try and error nak tengok sejauh mana keberkesanan sesuatu kaedah dan petua tu

 

Apapun ,yang memberi kesembuhan tu semua dengan izin Allah s.w.t

 

                       ~ Sekian~ 




Wednesday, 10 November 2021

4 PERKARA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN DI SHOPEE

DUNIA SEORANG SELLER




Shopee merupakan platform jual beli secara online yang mendapat sambutan tinggi di seluruh dunia,maka ramai dikalangan kita berkecimpung dalam industri ini untuk meraih keuntungan Secara sepenuh masa mahupun secara sambilan.

Anda berminat untuk memulakan bisnes di platform Shopee tapi tidak tahu apa yang harus buat?

Ketahui 4 perkara penting sebelum memulakan bisnes di Shopee :

 

 

 

1.    Membuka Akaun shopee


 

 

 

Akaun shopee adalah asas utama sebagai medium transaksi antara pembeli dan penjual walaupun secara alam maya(online)

• Anda tidak perlu risau kerana pendaftaran adalah percuma tanpa sebarang caj.Anda Cuma perlu download applikasi Shopee di Google Apps/Apps stores atau menerusi laman web :Shopee link

•  Selepas selesai mendaftar, anda sudah boleh membuka akaun kedai anda.Tekan link untuk tutorial : 


2.Produk


• Anda mestilah mempunyai produk sebagai point utama untuk memulakan bisnes.Oleh itu,pemilihan produk juga mestilah mengambil kira beberapa faktor seperti:


i) Modal

 ° Bak kata pepatah "ukur baju,biarlah dibadan sendiri",maksudnya,pastikan produk yang anda ingin keluarkan mestilah setimpal dengan modal yang ada.

 ° jika modal tidak besar,boleh cuba pilih produk yang Modal rendah tapi boleh menguntungkan.contohnya, face mask yang dibeli borong dari China dengan harga yang agak murah dan dijual semula dipasaran Malaysia dengan harga yang tinggi sedikit


Contoh Gambaran:

1pack face mask ada 10keping dibeli dari China dengan Harga rm2/pack

Dijual dipasaran Shopee Malaysia dengan harga rm1 untuk sekeping

See,bukankah dah ada keuntungan disitu?

 

ii) Target Pembeli

• Kenal pasti target Pembeli yang anda ingin berurusan dan berjual beli untuk memudahkan anda memilih produk apa untuk dijual.Contohnya, jika kita target Pembeli dari kalangan wanita,maka produk yang bersesuaian semestinya produk kecantikkan,kesihatan dan fesyen. Jika target Pembeli dari kalangan lelaki ,maka produk yang sesuai seperti barangan sparepart automotif,gajet dan alatan memancing


III) Permintaan pasaran

• Membuat survey tentang produk apa yang mendapat ‘high demand’ dari kalangan para pembeli

       Contohnya,semenjak wabak pandemik covid 19 melanda,antara produk yang "sold out" dan "high demand" dipasaran satu dunia ialah seperti face mask,hand sanitizers dan vitamin C .Menjual produk-produk yang tinggi permintaan tentu akan sentiasa ada permintaan dari semasa ke semasa mengikut peredaran musim tersebut.order tidak akan putus-putus dari pembeli, insyaallah.


3.Strategi Pemasaran



 • Jika anda mahu perniagaan anda mencapai target,dikenali ramai dan disukai oleh para pembeli, anda mesti mempunyai strategi marketing yang menarik untuk membeli jiwa pelanggan seperti magnet yang menarik besi.Antara kaedah yang boleh dilakukan seperti:

 

I) Free Gift

•kebiasaanya, pembeli akan tertarik jika penjual menawarkan free gift atas setiap pembelian.siapa saja yang tak suka hadiah kan? Mungkin anda perlu melaburkan sedikit modal untuk membeli free gift yang murah-murah tapi banyak seperti keychain, sticker, gula-gula atau mini perfume.Jika niat hati ikhlas memberi, insyaallah akan mendapat pulangan yang baik.

 

II) Harga

• Harga sememangnya memainkan peranan yang paling penting dalam urusan jual beli walaupun terkurang atau terlebih hanya 1 sen saja tetap boleh diambil kira oleh pembeli

• Anda harus bijak dalam “mark up” harga agar tidak terlalu murah atau terlalu mahal yang  kedua-duanya boleh merugikan diri sendiri.Sekiranya anda menjual produk terlalu murah berbanding penjual yang lain, ya memang akan mudah menarik perhatian pelanggan tetapi pastikan ada keuntungan dan boleh rolling modal semula.

 

III)  Promosi

• pelbagai jenis promosi  yang disediakan oleh Shopee untuk anda cuba dan gunakan kepada pembeli untuk menarik minat pembeli untuk membeli dan menjadi “follower” kedai anda.Antaranya:

-Memberi potongan harga RM 1 off/RM 5 off min spend RM50

-Memberi tawaran 10%coin cashback

- Free shipping min spend RM15 & RM 40

Dan banyak lagi.

 

4. Kaedah penghantaran


• Penghantaran order yang pantas ke destinasi pembeli juga amat penting kerana jika order tiba terlalu lewat,malah melebihi tempoh ditetapkan boleh mengundang kemarahan dan rasa tidak seronok pada pembeli.

       Pembeli tentu akan memberi rating yang rendah, memberi komen yang tidak bagus yang sekaligus dapat menjatuhkan reputasi kedai anda sendiri.Dalam erti kata lain, pembeli lain tidak berminat berurusan dengan anda.

 

• Anda perlu pantas apabila ada order masuk ,segeralah untuk membuat proses packaging dan ship out.Jangan simpan order pembeli terlalu lama dan membuatkan pembeli tertanya-tanya bila anda mahu ship out order?

• Pemilihan syarikat kurier sebagai shipping option anda juga penting ya.Sebelum ini, terlalu banyak kes berkaitan syarikat kurier yang menyebabkan beberapa permasalahan seperti,menyimpan parcel(order)di hub station terlalu lama, barang rosak dan hilang,Bungkusan parcel dibuka dan banyak lagi.walaupun hakikatnya proses shipping adalah diluar urusan penjual,namun sedikit sebanyak nama penjual juga akan terlibat.Anda perlu membuat research dan survey tentang Syarikat kurier yang menjadi kesukaan dan permintaan banyak dari pelanggan.

•Pemberian Free shipping voucher untuk pembelian RM15 dan RM 40 keatas juga adalah langkah terbaik untuk menarik hati pembeli.Anda boleh memohon program free shipping ini dengan beberapa syarat tertentu.semoga berjaya.

• Selain kaedah post delivery, anda juga boleh memilih kaedah Cash on delivery(COD) jika terdapat permintaan dari pembeli.

Monday, 1 November 2021

Kisah Pengalaman Pertama Mendapat Order Di Shopee


Dunia seorang seller.

 



                Wazuppppp guyyssss……

Hari ni merupakan hari  bersejarah bagi aku sebab setelah hampir sebulan aku berkecimpung dalam dunia “ Shopee seller”, Alhamdulillah hari ini buat pertama kalinya order pertama masuk untuk customer yang pertama.. everything is first time.

Seronok? Tak payah cakap la.Aku rasa macam nak je buat announcement kat satu dunia,tapi relaks la tak payah gelabah sangat woi!

So,meh sini dekat-dekat wahai adik,abang,kakak,mak cik,pakcik semua aku nak story dari A to Z ,step by step proses untuk complete kan order pertama.


         ........let's get started guysssss..


      Sebelum tu kita layannn setin dulu

 

1.   Firstly,korang mestilah kena ada order masuk dari customer dulu.Bila customer dah confirm proceed order dan payment,Shopee akan hantar e-mail untuk beritahu yang ada kemasukan order.Notification dekat apps Shopee juga akan alerts.so, dah boleh prepared produk untuk packaging.

 

    Contoh e-mail dari Shopee kepada seller jika ada order masuk

 

2. Seterusnya,bermulalah proses packaging produk.Mesti korang tertanya-tanya apa yang aku jual kan? Alahhh aku jual face mask KF94 je.Bagi aku okay la kan untuk modal aku yang tak besar mana, sebagai starting point la orang cakap.

 

               

           Proses- proses packaging

 


                   Kf94 yang aku jual 



           Disposable mask warna purple tu                 sebagai free Gift



           Courier bag beli kat eco shop je                       ,macam-macam saiz ada

 


             Balut produk guna bubble wrap                         untuk elakkan produk cepat rosak

 

 

 


              Tadaaaa dah siap packaging



3.   Satu dokumen penting yang wajib ada ialah Airway bill,benda ni memang penting sebagai satu bukti transaksi dan details  antara buyer(pengirim) dengan buyer(penerima) semasa proses shipping nanti.

   Jadi ,agak wajib untuk ada sebuah printer untuk print airway bill,lebih lagi kalau sales dah mencanak naik . Bukan apa,ada printer kerja akan jadi lebih mudah,cepat dan menjimatkan wang dan tenaga. Lepas dah print ,tampal Airway bill pada bungkusan courier tadi.

 

 

 


4.   Ok jom kita pergi ke proses shipping pula.Aku syorkan korang pilih syarikat pengeposan( Drop off point) yang dekat dengan kawasan tempat tinggal korang sebagai “option” untuk memudahkan urusan shipping.Shopee menawarkan banyak pilihan syarikat kurier antaranya SHOPEE Express,JNT Express,ninja van,pos laju,DHL e commerce dan ada beberapa lagi yang lain.kalau nak guna kaedah Cash anda delivery(COD) pun boleh.

 

            Ready for shipping. Bye-bye



5.   Akhirnya,yesssss kita sampai ke final step.Bila order dah selamat sampai pada buyer dan buyer tekan” order received”, maka Shopee pun akan released payment ke account seller,boleh check payment di bahagian seller balance.kalau nak withdrawal duit pergi ke account bank biasa akan ambil masa 2-5 hari bekerja.

 

 

                      Contoh completed order



           Alhamdulillah, terima kasih sebab korang sudi baca pengalaman aku yang tak seberapa ni.Tujuan aku berjinak-jinak berniaga kat Shopee ni hanyalah untuk tambah side income,mengisi masa lapang dan belajar selok-belok bisnes.Aku takda lah letak harapan yang tinggi untuk menjadi top seller atau sales Sampai 4angka pun sebab aku tau persaingan terlalu pesat.Tapi apapun kena yakin yang rezeki kita atas Rahmat Allah bukan sebab diri sendiri semata-mata,okayyy

                

                            ~sekian~

lazada

I found this great deal on Lazada! Check it out!  Product Name:  Bluetooth Earphone TWS Wireless Earbuds with 3500mah LED Power Display HiFi...