Sejuta kisah Dalam Sebuah Rencah Hidup..
Info semasa, Tips Dan Petua, Motivasi dan pengalaman
Tuesday, 17 October 2023
lazada
Friday, 12 November 2021
Tutorial - Cara Mudah Membuka Akaun Shopee Seller
Thursday, 11 November 2021
Diserang buasir?Amalkan petua "Cuka Epal"
Arghhh kenapa ada macam benjolan
seakan bisul dekat bahagian permukaan dubur atau bahasa
kasarnya punggung aku ni? Pada mulanya aku ingatkan cuma bisul biasa
,so aku just ignore dan sapu Aloe Vera gel untuk bagi benjolan kecut
tapi lepas beberapa hari benjolan tu makin
membesar dan membiak menjadi dua biji benjolan. Sakit? Tak payah cakap la,
nak tidur ,nak duduk punyalah azab kauuuuuu.....ðŸ˜
Akhirnya,aku surrender dan pergi klinik
untuk buat checking. Yela,risau juga kalau benjolan tu makin membesar dan kena
buat operation,tak sanggup sis.
Selepas sesi checking, Doctor sahkan yang
benjolan tu ialah "BUASIR"! .OMG aku hampir pengsan juga, ehhh macam
mana aku boleh kena buasir ni?ðŸ˜
Aku try untuk calm down dan doctor bagi explanation yang aku kena ni adalah"buasir luaran".so baru aku tahu yang buasir ni ada dua kategori iaitu buasir luaran (external haemorrhoids) dan buasir dalaman (internal haemorrhoids).
Alhamdulilah,doktor
kata aku ditahap yang tidak serius iaitu masih permulaan.Doctor juga explain
yang buasir ni mungkin terjadi bukan atas faktor pemakanan saja,tapi mungkin
atas faktor lain seperti cara kita membuang air besar yang salah iaitu duduk
terlalu lama,meneran/bertinggung,mengangkat barangan yang berat,merokok dan
lain-lain.
Supository aka ubat roket..ngeri kan?
Disebabkan aku ni sejenis yang tak suka
makan ubat sangat,so aku pun nak cuba ikhtiar cara tradisional secara natural
atau remedi. Puas aku buat research sendiri kat Google,setelah seharian berhempas
pulas menelaah dan akhirnya aku cuba amalkan beberapa petua ni:
1.Cuka epal
Bagi aku petua Cuka epal ni yang paling
berkesan sebab selepas hanya 3hari aku amalkan pengambilan cuka ni secara
konsisten pagi petang siang malam, Alhamdulillah benjolan tu kecut dengan cepat
dan dah tak sakit.Alhamdulilah sangat😊
Fyi, aku hanya makan ubat klinik dua hari
je dan aku stop sebab aku amalkan cuka epal ni la..
2.Minyak kelapa dara /extra Virgin coconut
oil
seterusnya,aku juga amalkan minum extra
Virgin oil sebagai extra supplement untuk dapatkan best results dan kesan
pantas.Aku akan minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.Bagi aku VCO ni memang
banyak khasiat yang telah diamalkan sejak berkurun dulu untuk perubatan dan
kecantikkan. Lagipun kelapa ni memang antara penawar segala penyakit,
insyaallah.
Makanan yang tinggi serat seperti
buah-buahan amat penting untuk memastikan sistem pencernaan badan kita dapat
berfungsi dengan baik. Pengambilan buah-buahan yang tinggi serat dapat membantu
proses pembuangan najis berjalan lancar dan lawas. So,bila pembuangan
lawas,takda lah kita nak kena meneran/Push yang boleh mengakibatkan pendarahan
dan luka pada dubur
Disebabkan bajet aku nyawa-nyawa ikan je,
aku cuma amalkan buah epal, betik dan pisang.Amalkan secara konsisten dan rasa
cinta. Makan untuk sihat dan cantik😆
4.Minum air kosong/mineral secukupnya
Okayyy aku akui yang aku memang spesies
yang kurang minum air sebab malas nak berulang ke toilet.so memang aku dapat
rasa yang body aku ni mengalami hydration macam bibir kering,kulit kusam, tekak
cepat haus dan banyak lagi.
Doctor juga ada advise aku supaya banyak
minum air kerana kekurangan air dalam badan juga mendorong pada terjadi nya
buasir. Apa yang aku ingat,doctor ada cakap kalau kurang minum air,najis akan
menjadi keras dan kurang pelinciran untuk keluar menyebabkan terjadinya
sembelit atau meneran semasa membuang najis. Jadi minum air secukupnya amat
penting sekurang-kurangnya 3liter sehari
Alhamdulillah,setelah amalkan petua-petua
diatas secara remedi,dengan izin Allah hanya seminggu saja buasir aku dah
sembuh.Benjolan dan kesakitan hilang dan beransur pulih
....but wait ,jangan salah faham .Aku bukan
nak menolak rawatan secara moden tapi aku lebih suka merawat secara natural
sebab aku suka try and error nak tengok sejauh mana keberkesanan sesuatu kaedah
dan petua tu
Apapun ,yang memberi kesembuhan tu semua
dengan izin Allah s.w.t
~ Sekian~
Wednesday, 10 November 2021
4 PERKARA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN DI SHOPEE
Shopee merupakan platform jual beli secara online yang
mendapat sambutan tinggi di seluruh dunia,maka ramai dikalangan kita
berkecimpung dalam industri ini untuk meraih keuntungan Secara sepenuh masa
mahupun secara sambilan.
Anda berminat untuk memulakan bisnes di platform Shopee tapi
tidak tahu apa yang harus buat?
Ketahui 4 perkara penting sebelum memulakan bisnes di Shopee
:
1.
Membuka Akaun shopee
• Akaun shopee adalah asas utama sebagai medium
transaksi antara pembeli dan penjual walaupun secara alam maya(online)
• Anda tidak perlu risau kerana pendaftaran adalah percuma
tanpa sebarang caj.Anda Cuma perlu download applikasi Shopee di Google
Apps/Apps stores atau menerusi laman web :Shopee link
• Selepas selesai mendaftar, anda sudah boleh membuka akaun kedai anda.Tekan link untuk tutorial :
2.Produk
• Anda mestilah mempunyai produk sebagai point utama untuk
memulakan bisnes.Oleh itu,pemilihan produk juga mestilah mengambil kira
beberapa faktor seperti:
i) Modal
Contoh Gambaran:
1pack face mask ada 10keping dibeli dari China dengan Harga
rm2/pack
Dijual dipasaran Shopee Malaysia dengan harga rm1 untuk
sekeping
See,bukankah dah ada keuntungan disitu?
ii) Target Pembeli
• Kenal pasti target Pembeli yang anda ingin berurusan dan
berjual beli untuk memudahkan anda memilih produk apa untuk dijual.Contohnya, jika
kita target Pembeli dari kalangan wanita,maka produk yang bersesuaian
semestinya produk kecantikkan,kesihatan dan fesyen. Jika target Pembeli dari kalangan lelaki ,maka produk yang sesuai seperti barangan sparepart
automotif,gajet dan alatan memancing
III) Permintaan pasaran
• Membuat survey tentang produk apa yang mendapat ‘high
demand’ dari kalangan para pembeli
Contohnya,semenjak wabak pandemik covid 19 melanda,antara produk yang "sold out" dan "high demand" dipasaran satu dunia ialah seperti face mask,hand
sanitizers dan vitamin C .Menjual produk-produk yang tinggi permintaan tentu akan
sentiasa ada permintaan dari semasa ke semasa mengikut peredaran musim tersebut.order
tidak akan putus-putus dari pembeli, insyaallah.
3.Strategi Pemasaran
I) Free Gift
•kebiasaanya, pembeli akan tertarik jika penjual menawarkan
free gift atas setiap pembelian.siapa saja yang tak suka hadiah kan? Mungkin
anda perlu melaburkan sedikit modal untuk membeli free gift yang murah-murah tapi
banyak seperti keychain, sticker, gula-gula atau mini perfume.Jika niat hati
ikhlas memberi, insyaallah akan mendapat pulangan yang baik.
II) Harga
• Harga sememangnya memainkan peranan yang paling penting
dalam urusan jual beli walaupun terkurang atau terlebih hanya 1 sen saja tetap
boleh diambil kira oleh pembeli
• Anda harus bijak dalam “mark up” harga agar tidak terlalu
murah atau terlalu mahal yang kedua-duanya boleh merugikan diri sendiri.Sekiranya anda
menjual produk terlalu murah berbanding penjual yang lain, ya memang akan mudah
menarik perhatian pelanggan tetapi pastikan ada keuntungan dan boleh rolling modal semula.
III) Promosi
• pelbagai jenis promosi
yang disediakan oleh Shopee untuk anda cuba dan gunakan kepada pembeli
untuk menarik minat pembeli untuk membeli dan menjadi “follower” kedai anda.Antaranya:
-Memberi potongan harga RM 1 off/RM 5 off min spend RM50
-Memberi tawaran 10%coin cashback
- Free shipping min spend RM15 & RM 40
Dan banyak lagi.
4. Kaedah penghantaran
• Penghantaran order yang pantas ke destinasi pembeli juga
amat penting kerana jika order tiba terlalu lewat,malah melebihi tempoh
ditetapkan boleh mengundang kemarahan dan rasa tidak seronok pada pembeli.
Pembeli tentu
akan memberi rating yang rendah, memberi komen yang tidak bagus yang sekaligus
dapat menjatuhkan reputasi kedai anda sendiri.Dalam erti kata lain, pembeli
lain tidak berminat berurusan dengan anda.
• Anda perlu pantas apabila ada order masuk ,segeralah untuk
membuat proses packaging dan ship out.Jangan simpan order pembeli terlalu lama
dan membuatkan pembeli tertanya-tanya bila anda mahu ship out order?
• Pemilihan syarikat kurier sebagai shipping option anda
juga penting ya.Sebelum ini, terlalu banyak kes berkaitan syarikat kurier yang
menyebabkan beberapa permasalahan seperti,menyimpan parcel(order)di hub station
terlalu lama, barang rosak dan hilang,Bungkusan parcel dibuka dan banyak lagi.walaupun
hakikatnya proses shipping adalah diluar urusan penjual,namun sedikit sebanyak
nama penjual juga akan terlibat.Anda perlu membuat research dan survey tentang
Syarikat kurier yang menjadi kesukaan dan permintaan banyak dari pelanggan.
•Pemberian Free shipping voucher untuk pembelian RM15 dan RM
40 keatas juga adalah langkah terbaik untuk menarik hati pembeli.Anda boleh
memohon program free shipping ini dengan beberapa syarat tertentu.semoga
berjaya.
• Selain kaedah post delivery, anda juga boleh memilih kaedah
Cash on delivery(COD) jika terdapat permintaan dari pembeli.
Monday, 1 November 2021
Kisah Pengalaman Pertama Mendapat Order Di Shopee
Dunia seorang seller.
Wazuppppp guyyssss……
Hari ni
merupakan hari bersejarah bagi aku sebab
setelah hampir sebulan aku berkecimpung dalam dunia “ Shopee seller”,
Alhamdulillah hari ini buat pertama kalinya order pertama masuk untuk customer yang
pertama.. everything is first time.
Seronok? Tak
payah cakap la.Aku rasa macam nak je buat announcement kat satu dunia,tapi
relaks la tak payah gelabah sangat woi!
So,meh sini
dekat-dekat wahai adik,abang,kakak,mak cik,pakcik semua aku nak story dari A to
Z ,step by step proses untuk complete kan order pertama.
........let's get started guysssss..
Sebelum tu kita layannn setin dulu
1. Firstly,korang mestilah
kena ada order masuk dari customer dulu.Bila customer dah confirm proceed order
dan payment,Shopee akan hantar e-mail untuk beritahu yang ada kemasukan order.Notification
dekat apps Shopee juga akan alerts.so, dah boleh prepared produk untuk
packaging.
2. Seterusnya,bermulalah
proses packaging produk.Mesti korang tertanya-tanya apa yang aku jual kan?
Alahhh aku jual face mask KF94 je.Bagi aku okay la kan untuk modal aku
yang tak besar mana, sebagai starting point la orang cakap.
Proses-
proses packaging
3. Satu dokumen
penting yang wajib ada ialah Airway bill,benda ni memang
penting sebagai satu bukti transaksi dan details antara buyer(pengirim) dengan buyer(penerima) semasa proses
shipping nanti.
Jadi ,agak wajib untuk ada
sebuah printer untuk print airway bill,lebih lagi kalau sales dah mencanak naik . Bukan apa,ada
printer kerja akan jadi lebih mudah,cepat dan menjimatkan wang dan tenaga. Lepas
dah print ,tampal Airway bill pada bungkusan courier tadi.
4.
Ok jom kita pergi ke proses
shipping pula.Aku syorkan korang pilih syarikat pengeposan( Drop off point)
yang dekat dengan kawasan tempat tinggal korang sebagai “option” untuk
memudahkan urusan shipping.Shopee menawarkan banyak pilihan syarikat
kurier antaranya SHOPEE
Express,JNT Express,ninja van,pos laju,DHL e commerce dan ada beberapa lagi
yang lain.kalau nak guna kaedah Cash anda delivery(COD) pun boleh.
Ready for shipping. Bye-bye
5.
Akhirnya,yesssss kita sampai
ke final step.Bila order dah selamat sampai pada buyer dan buyer tekan” order
received”, maka Shopee pun akan released payment ke account seller,boleh check payment
di bahagian seller balance.kalau nak withdrawal duit pergi ke account bank
biasa akan ambil masa 2-5 hari bekerja.
Contoh completed order
Alhamdulillah, terima kasih sebab korang sudi baca pengalaman aku yang tak seberapa ni.Tujuan aku berjinak-jinak berniaga kat Shopee ni hanyalah untuk tambah side income,mengisi masa lapang dan belajar selok-belok bisnes.Aku takda lah letak harapan yang tinggi untuk menjadi top seller atau sales Sampai 4angka pun sebab aku tau persaingan terlalu pesat.Tapi apapun kena yakin yang rezeki kita atas Rahmat Allah bukan sebab diri sendiri semata-mata,okayyy
~sekian~
lazada
I found this great deal on Lazada! Check it out! Product Name: Bluetooth Earphone TWS Wireless Earbuds with 3500mah LED Power Display HiFi...




